Bagaimana utk memulakan perniagaan fotografi - Classic Studio Production

Bagaimana utk memulakan perniagaan fotografi

Bagaimana utk memulakan perniagaan fotografi

180474_1779567699545_1378651_n

Ramai yg beranggapan biler kita sudah ada kamera ditangan dan boleh shoot wedding maka kita dah boleh menjalankan perniagaan fotografi. ada dikalangan mereka yg telah menjalankan perniagaan fotografi tetapi tidak faham dan tidak pernah ambil tahu bagaimana utk memasarkan perniagaan mereka. Disini saya ingin berkongsi betapa pentingnya penjenamaan atau branding dalam dunia perniagaan terutama dalam fotografi.

Adakah jenama dalam fotografi itu penting? Kenapa perlu kita buat jenama sendiri? Bagaimana kita mensasarkan fotografi sama penting dengan cara kita memantapkan kemahiran sebagai jurufoto yg Berjaya. Tanpa pemasaran dan strategi yg betul kemahiran yg kita ada menjadi sia-sia. Disini saya ingin berkongsi bagaimana untuk kita Berjaya membina jenama sendiri dan merangka beberapa teknik pemasaran yg berkesan dan perniagaan fotografi.

Mungkin kita kurang pasti adakah jenama yg saya maksudkan adalah nama syarikat perniagaan kita ataupun sekadar penjenamaan sahaja. Disini apa yg saya maksudkan adalah nama syarikat, logo, produk dan kombinasi kesemuanya yg boleh melambangkan jenis perniagaan kita. Jenama inila yg membezakan kita dgn perniagaan penjualan kasut, kedai runcit dan sebagainya.mmg benar ada pepatah menyatakan jgn menilai sesuatu dari luaranya tapi tahukah kita dlm perniagaan kita perlu luaran yg cantik elok serta sempurna utk member keyakinan kepada bakal pelanggan kita. Dan disini juga org akan menilai sejauhmanakah keupayaan kita.

Dalam bidang fotografi jika jenama yg kita gunakan mewakili perniagaan dan perkhidmatan kita kurang meyakinkan bermakna pelanggan akan was2 untuk menggunakan perkhidmatan kita. Ini bermakna untuk mendapatkan pelanggan atau menarik keyakinan pelanggan terhadap kita sebagai seorang jurufoto professional atau amatur jenama yg mewakili kita itu sangat penting dalam member peluang perniagaan kepada kita.

Apa yg ingin disampaikan disini dari segi perniagaan perkhidmatan iaitu fotografi jenama yg paling utama yg mewakili kita sebagai jurufoto sudah tentulah name card atau kad nama. Kad nama adalah jenama yg pealing penting yg akan menentukan sejauhmana perniagaan kita.

Mungkin ada yg merasakan kad nama itu tidak penting, cuba kita fikirkan sanggupkah kita menbawa buku atau album profil kita hanya utk memasarkan perkhidmatan kita? Atau melalui cakap2 dan kemudian tuliskan nama dan no telefon kita di keratan2 akhbar, kertas bungkus nasi lemak atau kerta kosong yg kita minta di warung yg kita sedang duduk minum? Adakah itu kita rasa cukup berkesan? Hanya dgn sekeping kad pelanggan dapat menilai sejauhmana seriusnya kita utk membuat perniagaan. Di kad itu juga akan tertulis apa jenis perniagaan kita, link kepada web site, facebook, twiter, blog dan sebagainya dimana pelanggan boleh melihat hasil kerja kita melalui online sahaja. Jadi adalah amat penting untuk kita menjenamakan perkhidmatan kita melalui kad bisnes dan lain2 medium yg akan kita gunakan utk memasarkan perniagaan kita melalui pelbagai cara dari media cetak dan  elektronik utk kita bersaing dalam pasaran yg kita ceburi, tetapi dgn jenama inilah kita akan dapat member penyelesaian kepada masalah pelanggan kita.

Sebagai jurufoto yg menyediakan perkhidmatan fotografi mendapatkan jenama yg betul adalah sangat penting. Melabur dalam pembuatan jenama kita kena lakukan dgn bijak dan tidak merugikan. Sebagai contoh, pemilihan logo, warna, rekaan penggunaan perkataan dan material kad yg digunakan amat penting untuk dikaji dan diteliti sebelum ia mula mempromosikan kita.

Pelaburan kad bisnes tidak menelan belanja yg besar malah kita juga dapat menghasilkan melalui kreativiti kita. Selain kad nama membina jenama juga boleh dilakukan melalui laman social atau laman web. Banyak cara sebenarnya utk membina jenama, ia sering disalah tafsir kerana kurangnya perancangan atau perbincangan walaupun ianya adalah antara topic paling penting dalam perniagaan.

Antara tips penting dalam pembinaan jenama ialah perlu mempunyai idea kreatif. Fikirkan tema, slogan atau tanda yg mudah untuk diingati pelanggan dan yg paling penting ialah mesej kita. Syarat utama untuk membina jenama yg hebat adalah memberi nama yg unik kepada perniagaan kita. Nama kita sebenarnya unik kepada perniagaan kita, daripada memerah otak mencari nama perniagaan kita yg aneh dan ganjil tidak salah menggunakan nama kita sebagai nama perniagaan kita.

@2015 classic studio production Up