Fulltime Photographer - Classic Studio Production

Fulltime Photographer

Fulltime Photographer

CSP_0368fb

Biler sebut fulltime photographer pada zaman sekarang terlalu ramai bilanganya… mungkin kerana telah dimomokan oleh sebilangan kecil ‘master’ yg mendakwa menjadi jutawan melalui pendapatan sebagai photographer. itu mungkin benar dan kerana itu adalah rezekinya. tapi sebenarnya banyak perkara yg perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum menjadi fulltime photographer bukan la main terjah aje.

Dunia fotografi sekarang dah macam dunia artis, ramai yg terjun ke dunia fotografi hanya kerana mahu glamour semata, dan tak kurang jugak sebab tak lulus periksa dan tak diterima utk sambung pengajian dimana – mana mengambil langkah mudah utk menjadi photographer. maka berlambak lah photographer seperti melambaknya artis dimalaysia.

Tapi ini bukan la masaalahnya tapi sejauh mana seorang fulltime photographer memperlengkapkan diri untuk menjadi seorang photographer tegar. selain memperlengkapkan diri dgn kemahiran dan pengetahuan dlm bidang teknikal fotografi kita juga harus memahami selok belok perniagaan dan yg paling penting adalah sejauh mana pengetahuan kita dalam sistem perakaunan yg menjadi nadi sesebuah perniagaan selain merancang strategi pemasaran.

seorang photographer yg terbaik belum tentu akan menjadi seorang ahli perniagaan yg cemerlang mengatur perjalanan perniagaan serta merencana sistem perakaunan utk berjalan lancar tanpa tergelincir.

Bagaimana untuk kita menentukan sesuatu caj perkhidmatan adalah bergantung pada keupayaan serta hasil yg boleh membuatkan client kita tersenyum puas. dan yg paling penting bagaimana caj tersebut juga membuatkan kita juga tersenyum puas.

Jadi disini sy boleh rumuskan untuk kita menjalankan perniagaan fotografi kita perlukan beberapa pelan untuk terus relevan dalam dunia fotografi :

1. pengetahuan dan pengalaman dalam teknikal fotografi

2. mempunyai perancangan serta strategi dalam pemasaran perniagaan

3. mempunyai sistem perakaunan yg baik dan teratur

4. perlu ada perancangan masa depan yg cemerlang melalui sasaran dan target

5. harus ada “retire plan”

6. dan apa tindakan kita biler tiadanya caruman kwsp yg menjamin hari tua kita

7. dah tentunya kita perlukan perlindungan insurans kerana tiada caruman perkeso

8. perlukan 1 pasukan yg hebat dari produksi dan pentadbiran

9. hubungan baik dengan client

10. kepuasan kita belum menjamin kepuasan pada client

Untuk menjadi seorang photographer adalah mudah tapi untuk menjalankan perniagaan berasaskan fotografi adalah terlalu sukar dan perlukan ketabahan, kesabaran, keyakinan serta semangat yg jitu.

@2015 classic studio production Up