Memulakan perniagaan fotografi II (part time) - Classic Studio Production

Memulakan perniagaan fotografi II (part time)

IMG_8940

Part time atau dalam bahasa Malaysia bermaksud separuh masa. Atau lebih tepat lagi melakukan kerja lebih untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Dalam perniagaan fotografi sekarang terlalu ramai part time photographer. Tapi adakah part time photographernie betul-betul melakukan kerja lebih untuk mendapatkan pendapatan tambahan? Kebiasaanya dan kebanyakanya part time photographer adalah dikalangan penjawat awam dan pekerja – pekerja swasta yg berpendapatan tinggi. Belum pernah lagi dgr pekerja – pekerja swasta yg berpendapatan dibawah RM1000 yg melakukan kerja part time photographer. Kerana apa? Mungkin kerana modal untuk memulakan perniagaan fotografi memerlukan modal yg tinggi.

Contoh Part time 1

Jika seorang bekerja sebagai rider di fast food, gaji sejam min RM4 dan maksimum RM10 sejam. Jika bekerja selama 4 jam sehari, 4 x RM5 = RM20 sehari dan sabtu, ahad 8 jam, 8 x RM5 = RM40. Isnin – jumaat RM100 + sabtu ahad RM80… seminggu RM180 dan sebulan pendapatan tambahan sebanyak RM720. Mudah kan? Tanpa modal…

Contoh part time 2

Rakan saya membuat part time sebagai pemandu teksi bermeter di Bandar johor bahru. Masa untuk dia bawa teksi dari jam 6.30 ptg hingga 12.00 tengahmalam dan malam minggu berlarutan sehingga jam 2 pagi. Percaya atau tidak pendapat bersih harianya boleh mencecah RM100? Dan kerja part time ini tanpa modal yg tinggi.

Dan bile disebut perniagaan seharusnya mendapat keuntungan yg lebih dari bekerja part time.

Dan part time photographer cuma mendapat pendapatan tambahan sebagai part time photographer ada kalanya Cuma RM200 dan terpaksa bekerja selama seminggu dan masa bekerja adakalanya hingga kelewat pagi utk mengedit foto-foto. Adakah ia berbalai dgn modal yg dah dikeluarkan.

Ada dikalangan penjawat awam yg mudah mendapatkan pinjaman dari bank – bank menbuat pinjaman untuk membeli peralatan lengkap fotografi hingga mencecah puluhan ribu ringgit dan bayaran balik pinjaman bank antara RM350 – RM700 sebulan. Adakah berbaloi dgn modal yg dikeluarkan? Adakah ia menguntungkan?

Bagi pekerja swasta pula menggunakan duit bonus utk modal (tidak mengapa) tapi biler menggunakan setiap tahun duit bonus untuk upgrade peralatan fotografi, adakah ia berbaloi atau bahasa senang adakah perniagaan kita nie menguntungkan atau pun tidak?

Apa yg perlu kita fikirkan dan renungkan adakah berbaloi kita menjalankan perniagaan fotografi ini dgn bermodalkan ribuan ringgit serta mengorbankan masa bersama kaum keluarga. Biler kita jalankan perniagaan part time masa kita bersama keluarga yg sepatutnya dihujung minggu telah kita korbankan, dan sepatutnya kita mendapat pulangan yg amat memberangsangkan.

Jika perniagaan fotografi kita tidak menguntungkan atau pun perlu suntikan modal setiap tahun maknanya perniagaan kita itu tidak menguntungkan. Dan tindakan sewajarnya ialah menutup perniagaan itu daripada menanggung kerugian setiap tahun.

Kesilapan atau mungkin terlepas pandang cara pengiraan yg betul yg betul-betul berniaga atau harga perkhidmatan kita masih tidak berganjak dari mula-mula kita berniaga. Jika kita bekerja pasti akan marah, mogok dan mengamuk jika gaji tidak dinaikan setiap tahun serta tiada bonus. Tapi kenapa bile kita berniaga gaji perkhidmatan kita tidak dinaikan setiap tahun? Pelik kan? Ini la yg terjadi.

Bukan niat untuk memperkecilkan keupayaan serta memperlekehkan peniaga part time photographer tapi cuma nak mengingatkan dan menasihatkan agar kita sama – sama berubah bagi memartabatkan maruah serta mutu perkhidmatan bangsa kita.

Bagi yg jalankan perniagaan secara sepenuh masa pula, tunggu bahagian ke-3.

@2015 classic studio production Up