sejarah ganja - Classic Studio Production

sejarah ganja

sejarah ganja

image

GANJA BUKAN DADAH. IA HANYA POKOK HERBA
Seperti tumbuhan lain, ganja adalah sejenis tumbuhan yang semulajadi wujud di dunia. Ganja sebenarnya merupakan suatu tumbuhan yang sangat berguna dalam kehidupan. Sejarah mencatitkan bag aimana ganja pernah dijadikan banyak benda seperti kertas, plastik yang boleh diurai, sabun, bahan asas dlm menguatkan konkrit, tali, makanan, dan ubat-ubatan.

Ramai akan merasakan sukar utk menerima fakta ini, namun inilah hakikatnya nasib malang sejenis tumbuhan ciptaan tuhan yang telah difitnah sejak berpuluh tahun dan dirahsiakan kebenarannya atas beberapa sebab yang akan dibincangkan dalam entri yang lain.

Dalam semua kelebihan yang ada, ganja paling dikagumi para saintis dan doktor kerana boleh mengubati sejumlah penyakit berbahaya seperti MS(sklerosis berbilang), barah, kanser, asma, demam malaria, Analgesia, Neurological And Movement Disorders, Glaucoma(penyakit mata), ADD(Attention-deficit hyperactivity disorder), meninggikan imunisasi penghidap positif HIV, ubat tahan sakit, anti tekanan, merendahkan risiko barah payudara dan banyak lagi. Menakjubkan bahawa kajian menunjukkan ganja boleh menggantikan 10-20% penggunaan dadah sintetik berbahaya di dalam bidang perubatan tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan berbahaya kepada pesakit, tidak seperti penggunaan dadah sintetik.

Diantara lain ganja boleh menghasilkan kertas dimana kita tidak lagi perlu menebang pokok-pokok balak yang besar kerana ganja mempunyai kekuatan fiber sehingga 4 kali ganda dari pokok-pokok balak yang besar. Pokok-pokok balak ini mengambil masa berpuluh tahun untuk matang sebelum ditebang, manakala ganja hanya mengambil 4-6 bulan untuk cukup matang. Dalam masa yang sama kita akan berjaya mengelak hakisan tanah, banjir kilat, pemanasan suhu bumi, dan lain-lain sebagai akibat penebangan pokok-pokok balak yang besar.

Ganja juga boleh menyelamatkan bumi kerana boleh menghasilkan plastik yang boleh diurai. Plastik yang kita gunakan skrg tidak akan dapat diurai walaupun dibakar. Penambahan unsur baru yang tidak dapat diurai oleh alam ini akan menjejaskan ekosistem kerana penggunaan plastik semakin meluas oleh semua pihak. Ini memberi impak besar kepada ekosistem kerana plastik yang tidak dapat diurai ini akan mencemarkan alam dan menutup bumi ini dengan kanvas plastik diseluruh dunia.

Adakah kita masih tidak mahu bersyukur terhadap penyelesaian yang telah lama tuhan berikan kepada kita terhadap beberapa masalah dunia kita? Di negara ini ganja diperangi habis-habisan tanpa diteliti kelebihannya satu pun, seolah-olah tumbuhan yang tuhan ciptakan ini tidak layak untuk wujud dan harus ditebang dan dimusnahkan. Padahal tuhan tidak pernah menciptakan apapun dengan sia-sia. Sekalipun andaikata kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan alasan ganja mungkin boleh memudaratkan kesihatan(walaupun hujah ini telah dibantah oleh saintis moden), apakah kita tidak mahu mengambil langkah mengawal ekosistem kita yang semakin hancur? Masihkah kita mahu untuk terus menebang pokok-pokok balak sedangkan bumi kita semakin panas? ais di kutub utara semakin mencair akibat peningkatan suhu bumi. hakisan tanah dan banjir kilat dimana-mana. Dan dalam bidang perubatan yang boleh menyelamatkan beratus, bahkan mungkin beribu nyawa melalui kaedah perubatan ganja. 1/10 daripada wanita di Amerika menghidap kanser payudara dan ini merupakan pembunuh no.1 wanita di negara kita. Tidakkah kita mahukan perubahan yang lebih baik?

GANJA BUKAN DADAH. IA HANYA POKOK HERBA

Seperti tumbuhan lain, ganja adalah sejenis tumbuhan yang semulajadi wujud di dunia. Ganja sebenarnya merupakan suatu tumbuhan yang sangat berguna dalam kehidupan. Sejarah mencatitkan bagaimana ganja pernah dijadikan banyak benda seperti kertas, plastik yang boleh diurai, sabun, bahan asas dlm menguatkan konkrit, tali, makanan, dan ubat-ubatan.

Ramai akan merasakan sukar utk menerima fakta ini, namun inilah hakikatnya nasib malang sejenis tumbuhan ciptaan tuhan yang telah difitnah sejak berpuluh tahun dan dirahsiakan kebenarannya atas beberapa sebab yang akan dibincangkan dalam entri yang lain.

Dalam semua kelebihan yang ada, ganja paling dikagumi para saintis dan doktor kerana boleh mengubati sejumlah penyakit berbahaya seperti MS(sklerosis berbilang), barah, kanser, asma, demam malaria, Analgesia, Neurological And Movement Disorders, Glaucoma(penyakit mata), ADD(Attention-deficit hyperactivity disorder), meninggikan imunisasi penghidap positif HIV, ubat tahan sakit, anti tekanan, merendahkan risiko barah payudara dan banyak lagi. Menakjubkan bahawa kajian menunjukkan ganja boleh menggantikan 10-20% penggunaan dadah sintetik berbahaya di dalam bidang perubatan tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan berbahaya kepada pesakit, tidak seperti penggunaan dadah sintetik.

Diantara lain ganja boleh menghasilkan kertas dimana kita tidak lagi perlu menebang pokok-pokok balak yang besar kerana ganja mempunyai kekuatan fiber sehingga 4 kali ganda dari pokok-pokok balak yang besar. Pokok-pokok balak ini mengambil masa berpuluh tahun untuk matang sebelum ditebang, manakala ganja hanya mengambil 4-6 bulan untuk cukup matang. Dalam masa yang sama kita akan berjaya mengelak hakisan tanah, banjir kilat, pemanasan suhu bumi, dan lain-lain sebagai akibat penebangan pokok-pokok balak yang besar.

Ganja juga boleh menyelamatkan bumi kerana boleh menghasilkan plastik yang boleh diurai. Plastik yang kita gunakan skrg tidak akan dapat diurai walaupun dibakar. Penambahan unsur baru yang tidak dapat diurai oleh alam ini akan menjejaskan ekosistem kerana penggunaan plastik semakin meluas oleh semua pihak. Ini memberi impak besar kepada ekosistem kerana plastik yang tidak dapat diurai ini akan mencemarkan alam dan menutup bumi ini dengan kanvas plastik diseluruh dunia.

Adakah kita masih tidak mahu bersyukur terhadap penyelesaian yang telah lama tuhan berikan kepada kita terhadap beberapa masalah dunia kita? Di negara ini ganja diperangi habis-habisan tanpa diteliti kelebihannya satu pun, seolah-olah tumbuhan yang tuhan ciptakan ini tidak layak untuk wujud dan harus ditebang dan dimusnahkan. Padahal tuhan tidak pernah menciptakan apapun dengan sia-sia. Sekalipun andaikata kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan alasan ganja mungkin boleh memudaratkan kesihatan(walaupun hujah ini telah dibantah oleh saintis moden), apakah kita tidak mahu mengambil langkah mengawal ekosistem kita yang semakin hancur? Masihkah kita mahu untuk terus menebang pokok-pokok balak sedangkan bumi kita semakin panas? ais di kutub utara semakin mencair akibat peningkatan suhu bumi. hakisan tanah dan banjir kilat dimana-mana. Dan dalam bidang perubatan yang boleh menyelamatkan beratus, bahkan mungkin beribu nyawa melalui kaedah perubatan ganja. 1/10 daripada wanita di Amerika menghidap kanser payudara dan ini merupakan pembunuh no.1 wanita di negara kita. Tidakkah kita mahukan perubahan yang lebih baik?

sumber. http://faktaganja.blogspot.my/2010/01/ganja-bukan-dadah-ianya-pokok.html?m=1

@2015 classic studio production Up